DVD AUTHORING MENGGUNAKAN LIQUID

Ini ada satu tutorial macam mana nak buat dvd authoring dalam Liquid. Punyalah powerful liquid ni nyer punya function tapi ramai orang takmo guna.

DVD AUTHORING MENGGUNAKAN AVID LIQUID 7.2

Oleh : Pijai

Web : http://pijai.telagapictures.com

Tutorial ringkas untuk membuat DVD Authoring menggunakan Avid Liquid 7.

1.  Mulakan first frame selepas satu minit. So boleh kira dan tengok lepas satu minit baru mark in dan masukkan fail klip video tersebut didalam timeline. Kenapa aku biasa tinggalkan satu minit kat depan tu? Sebabnya untuk memudahkan kita setkan masa untuk DVD menu kita. So katakan kalau korang nak loop kan dia atau nak letak lagu ke takda masalah sebab dah ada ruang yang mencukupi.


2. Penggunaan marker adalah penting didalam proses authoring ini. Apa tujuan marker? Marker ni kiranya macam nak bagi tanda .Atau kata lain ialah checkpoint. Sebabnya dalam timeline kita tak nampak full frame nampak head and tail sahaja. So sebab tu marker ni sangat penting untuk kita tandakan pada clip yang kita dah letakkan pada timeline. Jadi dalam proses authoring ni kita tgk pada klip kita dan apa yang aku slalu buat ialah aku akan mark kan setiap frame yang first, bagi setiap clip. Cari frame yang first skali tekan button “M”. “M” ni untuk shortcut key untuk marker. Kemudian di bawah dekat timeline perhantikan akan ada satu segitiga warna putih akan kelihatan, kalau perhatikan dalam gambar yang aku sertakan ada dua segitiga maknanya aku dah marker kan di dua buah tempat. So lepas dah ada marker tu 2x klik dan namakan supaya anda senang dan jadi tanda untuk anda. Untuk memudahkan kerja namakan seperti mana yang anda mahukan ianya keluar di DVD menu nanti.

Rajah 1. Segitiga berwarna putih menandakan frame tersebut telah diletakkan marker.

3. Jika anda bercadang nak buat DVD Menu tersebut dengan satu page sahaja, jangan buat lebih dari 6 marker. Sebab maksimum 6 button shj anda boleh letak dalam DVD page nanti,kalau tak nanti nampak serabut. Ok kita teruskan so dah siap tandakan marker pergi kat DVD wizard. Logo DVD wizard seperti yang disertakan didalam gambar dibawah. So lepas klik akan keluar satu skrin macam gambar yang aku sertakan seperti di bawah. Pilih sahaja mana – mana templates yang ada kat sebelah kiri dan kemudian 2x klik. Anda boleh menukar gambar pada templates tersebut kemudian.

Rajah 2 . DVD Wizard

Rajah 3. Templates yang boleh dipilih

4. Page Autolink akan terpapar di sebelah kiri skrin anda sebaik sahaja anda memilih salah satu templates yang disediakan. Didalam nya ada setiap klip yang anda telah namakan dan mark sebelum ini. Untuk memudahkan kerja pilih sequence marker sahaja. Secara automatic ia akan memaparkan kesemua sequence yang telah kita marker kan sebelum ini. Untuk memeriksa samada klip yang terpapar adalah sama seperti yang telah kita marker kan boleh menggunakan player dibawah kotak windows autolink.

Rajah 4. Page Autolink

5. Sebaik sahaja anda bersetuju dengan menekan button apply, Liquid akan memparkan previu untuk DVD menu anda. Satu tambahan sequence untuk DVD juga telah ditambah secara automatic didalam timeline anda. Oleh kerana templates yang dipilih sebelum ini terdiri daripada 6 button secara automatic tambahan 3 link lagi akan ditambah.

Rajah 5. Terdapat 6 Button secara default didalam templates yang dipilih

Rajah 6. Tambahan 5 links secara automatik untuk memenuhi button seperti didalam templates

6. Untuk membuang links yang tidak digunakan masukkan kedalam edit menu, dimana kita boleh membuang button yang tidak  digunakan. Didalam edit menu anda perlu membuang kesemua button yang tidak digunakan dan kemudian keluar daripada edit menu.

7. Setelah anda membuang kesemua button yang tidak diperlukan, anda dapat lihat hanya dipaparkan kesemua button yang diperlukan sahaja dimana ianya merupakan button yang mewakili klip yang telah anda tetapkan. Untuk menukar title,nama klip dan sebagainya anda boleh menukarkannya didalam edit menu.

Rajah 6. Hanya button yang digunakan sahaja digunakan

8. DVD anda sudah dikatakan hampir 80% telah disiapkan. Untuk memeriksa samada menu anda berfungsi atau tidak anda boleh menggunakan fungsi preview. Anda dapat melihat DVD menu yang telah dibuat seperti mana ianya akan dipaparkan setelah final output dikeluarkan

Rajah 7. Fungsi preview ini dapat membantu anda melihat semula menu yang telah dibuat

9. Setelah berpuas hati dengan DVD Menu yang anda buat. Keluar daripada DVD wizard dan bersedia untuk burn dvd tersebut. Anda perlu memilih File > Burn To Disc > DVD. Setelah pemilihan dibuat satu option untuk anda export kan fail anda ke format DVD akan kelihatan seperti dalam rajah dibawah.

Rajah 8. Menu untuk burning

10. Anda boleh memilih berbagai option yang disediakan samada untuk burn ISO image sahaja atau terus menerus burn keatas DVD. Setelah selesai dan klik butang OK dan proses burning akan dijalankan.

Selamat Mencuba !!!!!

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pijai@telagapictures.com

Trackbacks are closed, but you can post a comment
seperator

One Comment

  1. March 15, 2009 at 9:29 pm | Permalink

    MANTAP…& A LOTS TQ COZ ADA TUTOR UNTUK LIQUID.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*