Panduan Membeli Kamera Video Part 1

Oleh : Pijai

Web : pijai.telagapictures.com

Rasanya ramai pernah tulis benda ni. Saja buat tambahan kepada artikel yang ada.

Biasanya agak pening jugak membeli camcoder ni. Sekarang terlalu banyak pilihan, macam-macam model ada semuanyan ikut budget anda sahaja.

1. Recording Media .

Sekarang ada banyak jenis kamera video dengan pelbagai jenis media yang digunakan untuk merakam video. Kalau dulu kamera video (consumer),  agak popular dengan pengunaan Mini DV, DV dan Hi-8 sebagai media rakaman nya. Kini teknologi sudah berubah dan pelbagai teknologi baru yang berkaitan dengan media rakaman digunakan antaranya  HDD, SD,SDHC, dan MS.

2. Image Sensor

Image sensor ni amat penting didalam teknologi kamera ni. Image sensor kerjanya ialah untuk tukarkan cahaya yang masuk mejadi signal signal yang difahami oleh kamera. kebiasaaanya 2 jenis teknologi yang yang ada didalam pasaran iaitu menggunakan CCD (Charged Coupled Device), dan satu lagi menggunakan CMOS (Complementary metal oxide semiconductor).

CCD ni merupakan satu teknolgi yang dibangunkan khas untuk industri kamera berbeza dengan CMOS, dimana teknologi CMOS ni kebanyakan digunakan didalam memory chips, kiranya biasa dalam PC. Mungkin kalau nak lebih maklumat boleh carik dalam google. Biasanya teknologi  CCD ada pilihan samada menggunakan single CCD atau 3 CCD. Kebanyakan kamera Panasonic menggunakan teknologi CCD samada single atau 3CCD,manakala Sony pula dilihat cenderung menggunakan teknologi CMOS.

3. Optical Type

Image Stabilization

Image stabilizer, agak penting juga untuk membantu mengurangkan gambar yang bergoyang.

Internal ND Filter

ND Filter penting untuk mengurangkan cahaya yang masuk. Walaupun ada ND Filter yang boleh attack kepada kamera. Internal ND Filter yang baik juga sekurang-kurangnya dapat membantu kita dalam membuat rakaman.

nanti part 2 aku sambung lagi dengan features video,audio and video input dan output

Post a Comment or Leave a Trackback
seperator

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*