TERMS –TERMS DI DALAM KERJA-KERJA PENYUNTINGAN VIDEO
Oleh : Pijai
Web : http://pijai.telagapictures.com
Post-Production merupakan satu elemen penting di dalam penerbitan sesuatu video. Di peringkat ini pelbagai proses dibuat antaranya proses suntingan video dan audio, penambahan kesan khas (visual efek),digitizing, telecine, color grading dan lain-lain lagi. Pada peringkat ini kerja-kerja mencantikkan apa yang telah dibuat sebelum ini dilakukan sebelum material tersebut dikeluarkan kepada penononton atau pelanggan.
Sebagai seorang video editor sekurang-kurang nya kita juga perlu tahu mengenai beberapa perkara asas didalam suntingan video, antaranya seperti rushes,dailies ,offline editing, online editing, non linear editing dan juga linear editing.
Rushes,Dailies, adalah satu benda yang sama, semua diatas merujuk kepada raw material rakaman kita (belum diedit). Raw material ini terdapat didalam pelbagai medium antaranya tape,filem,DVD dan sebagainya. Di Eropah mereka menggunakan rushes untuk merujuk kepada raw material mereka ini manakala di America pula mereka menggunakan terma dailies untuk raw material tersebut. Penggunaan terma tersebut mungkin digunapakai oleh mereka yang terlibat didalam industry perfileman tetapi bagi kita yang tidak terlibat didalam industry perfileman mungkin lebih senang menggunakan terma-terma seperti raw dan footage.
Offline editing merupakan satu proses dimana raw atau rushes yang diperolehi di salin dan di sunting tanpa merosakkan sumber asalnya. Dimana berlaku disini kerja- kerja digitizing daripada tape ke mesin editing. Proses ini juga penting bagi seorang filem editor dimana pada waktu ini editor akan membuat review keatas rushes/raw berkenaan dan menyusun kembali timecode dan marker “in” dan “out” bagi setiap scene yang diperlukan. Suntingan secara “rough cut” akan dibuat untuk untuk mendapatkan footage yang diperlukan sahaja. Perlu diingat suntingan pada peringkat offline adalah suntingan yang dijalankan keatas rushes/raw yang mempunyai kualiti yang rendah berbanding sumber asalnya. Ini adalah kerana sumber asal tersebut telah pun didigitalkan untuk memudahkan computer memahami format tersebut.
Suntingan untuk Online editing pula dibuat ke atas raw/rushes yang asal, ini merupakan proses akhir sebelum sesuatu program di terbit atau dikeluarkan. Bagi seorang filem editor proses ini adalah kesinambungan daripada proses yang dijalankan secara offline. Dimana rushes/raw yang telah disusun akan dihantar untuk suntingan pada peringkat ini. Suntingan secara online ini memerlukan peralatan yang agak mahal jika dibandingkan dengan proses yang sebelumnya.Setelah kita memahami mengenai offline dan online editing, kita beralih pula kepada linear dan non linear editing. Seringkali didalam internet atau didalam forum-forum orang perbincangan mengenai NLE Software, untuk editing. Apa dia NLE software itu? NLE software merujuk kepada Non Linear Editing. Non-Linear editing, merupakan satu kaedah suntingan yang mana suntingan tersebut boleh dibuat tanpa mengikut sequence. Maknanya jika anda sendang membuat suntingan untuk bahagian A anda boleh terus menyambung kerja-kerja suntingan tersebut ke bahagian C dan E tanpa perlu membuat suntingan ke atas bahagian B dan D. Ia juga bermakna jika anda ingin membuat perubahan pada bahagian C, anda juga boleh terus membuat suntingan di bahagian tersebut tanpa perlu membuat perubahan pada bahagian A dan B. Ini amat berbeza dengan Linear Editing. Linear editing memerlukan anda untuk membuat suntingan mengikut sequence. Bermakna disini jika anda membuat suntingan untuk bahagian A dan setelah selesai anda perlu membuat suntingan pada bahagian B terlebih dahulu sebelum anda dapat menyambung kerja-kerja suntingan anda di bahagian C. Begitu juga jika anda ingin membuat perubahan keatas satu-satu bahagian atau sequence didalam timeline anda. Jika perubahan pada bahagian C ingin dibuat ianya perlu dibuat mengikut sequence.
Terdapat pelbagai lagi terma yang digunakan didalam kerja-kerja suntingan. Insya Allah saya akan kongsikan dengan anda di waktu yang lain.
TERMS –TERMS DI DALAM KERJA-KERJA PENYUNTINGAN VIDEO


2 Comments
salam, perkenalan bro..hebat penerangan tuh..Ins. bule share sesama…
Thanks bro sudi berkunjung ker blog aku.