Aku selalu tengok terms wedding filmmaker. Tertanya – tanya juga wedding filmmaker ni just diorang saja – saja claim ke atau betul-betul gunakan filem dalam rakaman yang dibuat. Rasa aku di Malaysia belum ada lagi yang shoot majlis kahwin mereka dalam bentuk filem. Kalau orang buat video kendian guna efek film look biasalah tu, takpun shoot pakai 24p kendian tune lagi kat post.
Rupanya ada yang orang gunakan filem ni untuk abadikan perkahwinanya. Yang ni bukan lagi video perkahwinan ni dah jadik filem perkahwinan. Diorang pakai filem 8 dan 16mm untuk shoot kahwin untuk customer diorang. Mencabar tu. Agaknya penghasilan program diorang tu mungkin sama macam penghasilan filem la kot. Rasanya di Malaysia adakah kita dah bersedia untuk benda-benda macam ni. Mungkin kena tunggu 3-4 tahun lagi kot baru boleh merasa buat benda – benda macam ni. Industri wedding film/video kat sana besar dan orang tahu menilai dan menghargainya. Mungkin kita tak sampai tahap tu lagi.
Haritu aku masa aku berborak-borak dengan En. Khairulfazi, dia ada beritahu stesen tv di US & Eropah yang menayangkan filem dokumentari dan program –program berbentuk dokumentari lebih diterima di disana. Rating nya lebih tinggi daripada stesen tv yang menayangkan program – program yang berbentuk hiburan. Ini adalah kerana mereka lebih gemarkan program – program yang membuatkan mereka berfikir, berbanding kita disini yang lebih gemarkan program bercorak hiburan dan sebagainya. Mungkin tahap pemikiran orang kita disini masih lagi belum bersedia untuk menerimanya.
Kos untuk buat filem agak tinggi. Dan kalau wedding film ni berapalah agaknya kos yang perlu dikeluarkan oleh pelanggan tu? Aku tak rasa yang pelanggan jer kena bersedia untuk benda ini tapi videographer dan editor untuk wedding ni pun kena bersedia. Baru benda ni boleh direalisasikan.
Kalau nak tengok contoh wedding film boleh tengok kat bawah ni
http://davidperryfilms.squarespace.com/blog/2008/10/30/16mm-and-8mm-at-kelsey-nixons-wedding.html

